Dosa yang Paling Besar dalam Islam

Pertanyaan:

Dosa apa yang paling besar di sisi Allah?

Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullahu ta’ala menjawab:

Dosa yang paling besar di sisi Allah adalah syirik kepada Allah. Dalilnya adalah firman Allah subhanahu wa ta’ala,

يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Wahai anakku, janganlah engkau melakukan kesyirikan kepada Allah. Sesungguhnya, kesyirikan itu betul-betul kezaliman yang paling besar.” (QS. Luqman: 13)

Dan ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Dosa apa yang paling besar?,” beliau menjawab,

أَنْ تَجْعَلَ لِلهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ

“Engkau jadikan tandingan untuk Allah, sedangkan Allah-lah yang telah menciptakanmu.” (Muttafaqun ‘alaihi)

An niddu [tandingan] adalah sekutu.

RUJUKAN: Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu. Hudz ‘Aqidatak min Al Kitab wa As Sunnah Ash Shahihah. TTp: TP. TTh, halaman 11.

———-
Sumber: DakwahIslam.Net – www.dakwahislam.net – Selasa,14 April 2015/24 Jumadil Akhir 1436H

Print Friendly